Wednesday, June 4, 2008

Subsidi

Petang tadi (4 Jun 2008)...
Kerajaan Malaysia telah megumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa serta merta (5 Jun 2008)...
Walaupun berat untuk diterima, namun aku menyokong tindakan kerajaan
Ini bukan keputusan Pak Lah seorang...ini keputusan Jemaah Menteri
Tapi ade suara-suara individu yang menyindir kerajaan...
Termasuk beberapa individu yang diberi peluang menerima biasiswa persekutuan...
Terima kasih la...tahniah la...selain kata-kata kesat dilontar dalam status YM...

Aku nak ajak kite ubah minda...
Kite kena sedar...ekonomi dunia sedang meruncing...
Rakyat negara lain pun kena beli petrol/diesel dengan harga apungan (mengikut pasaran dunia)
Kite kena hadapi semua ini...
Sampai bila kita nak beli minyak dengan harga subsidi?
Berpuluh bilion ringgit habis kat bahan bakar...lebih baik guna duit tu untuk kebajikan masyarakat dan sebagainya....
Ini pun dah kira baik, selepas kenaikan...kita masih menikmati subsidi RM2.70 barbanding harga sebenar petrol di Thailand RM 4.00
Bagi yang sedang menetap di luar negara...kenaikan harga minyak saban hari dirasa...
Namun bagi penduduk Malaysia... naik 78 sen...masing-masing garu kepala....

Jadi apakah strategi untuk menjimatkan tunai kita dari harga bahan bakar?
Bagi penduduk kota/bandar...gunakan sebaiknya pengangkutan awam...
Negara maju seperti Jepun...rakyatnya sanggup pergi kerja dengan bas dan komuter...
Kenapa orang Malaysia kurang menggunakan pengangkutan awam...masih belum pasti puncanya...
Mungkinkah kita ingin bermegah-megah dengan BMW atau Mercedes masing-masing?
Senario ini mungkin memberi kesan yang besar kepada industri automobil...
Barangkali pengeluaran kereta akan bertumpu kepada cc yang kecil dan efektif...
Ia satu cabaran untuk melariskan cc besar, dan satu peluang untuk melariskan cc kecil....
Ganbatte Proton & Perodua...

6 comments:

Zaki Isa said...

tapi kan padil,kesian la yang duduk di luar bandar dan bekerja menoreh getah, menyawit. tak banyak pilihan yang ada.

frappucin0o said...

padil.aku setuju ngan ko.kelakar lak tgk penerima biasiswa kerajaan melenting.

pengCOMMENT kat atas tu pn melenting gak tuh..hahaha....

palied said...

aku setuju dgn komen ko zaki...ayah aku sendiri ulang alik pontian-bp tiap2 minggu...mmg xde pilihan berbanding di penduduk bandar besar...ulasan aku baru ditujukan kepada penduduk bandar...bg penduduk kampung,aku pun simpati,famili sendiri pun rasa...

djambu puadovich said...
This comment has been removed by the author.
djambu puadovich said...

drpd media bukan arus perdana, diorg ckp nak banding harga dgn negara bukan pengeluar minyak tu hujah yg x cukup kuat...camna tu?

tapi sgt bersetuju dgn cdgn naik pengangkutan awam. dan menyokong industri automobil negara :)

bukan apa, sstgh org, komplen/komen/hentam hanya atas dasar nak hentam. tanpa fikir kekuatan hujah masing2

palied said...

hmm, aku pun xtau nak komen camne ttg pihak yg cuba bandingkan Msia dengan negara yg bukan pengeluar minyak...

susah nak jelaskan kalo betul2 x fahamkan senario sebenar...aku akan cuba baca jika ade artikel yg boleh menyokong atau membidas hujah tu...

setakat ini, Msia keluarkan 600 000 ribu barrel minyak sehari, 400 000 barrel ialah kegunaan domestik, bakinye eksport, namun menteri masih kate petronas mengimport minyak dari luar...agak susah nak paham, menteri bohong atau fakta yg aku bg salah?