Wednesday, July 16, 2008

Petronas

Semalam (laporan akhbar hari ini) Petronas telah mengadakan sidang akhbar mengenai penyata kewangannya berakhir pada 31 Mac 2008.Ia telah disampaikan oleh CEO merangkap Presiden nya iaitu Tan Sri Hasan Marican.

Orang ramai pasti menumpukan pembacaan terhadap artikel ini, dimana Petronas telah mencatatkan keuntungan beratus bilion, sebahagian daripadanya telah diberi kepada kerajaan dalam bentuk tunai RM67 bilion.Satu jumlah yang besar berbanding nilai pada tahun sebelumnya (2006).Petronas satu jenama yang sudah diakui global, syarikat yang dibenar berurusan di negara Asia Barat dan benua Afrika,kali ini menunjukkan prestasi yang semakin kukuh menuruti Shell dan Exxon Mobil.

Apa yang menariknya disini, walaupun rezab minyak Malaysia tidak sebanyak negara Asia Barat, perolehan Petronas masih besar dan tanggungjawab sosialnya tidak kurang.Malaysia membenarkan pelaburan asing langsung (FDI) sejak beberapa belas tahun yang lalu, namun sumbangan syarikat elektronik, pembuatan dan perkhidmatan, yang mana margin keuntungan mereka juga besar, masih boleh dipersoalkan. Mana dia sumbangan syarikat-syarikat tersebut, menurut Tan Sri Hasan Marican lagi.

Pada mata rakyat Malaysia, pengeluaran minyak di Malaysia mungkin hanya dilaksanakan oleh Petronas, de facto pengeluaran minyak juga dilakukan oleh Shell dan lain-lain lagi. Petronas tidak tamak, dan pernah mengurniakan blok-blok carigali minyak kepada syarikat lain. 63% daripada keuntungan Petronas telah menjadi dana kerajaan, selebihnya adalah pelaburan semula Petronas di dalam dan luar negara. Jika angka 63% ini ditambah, kerajaan boleh mendapat perolehan yang berganda, tetapi Petronas tidak boleh membuat pelaburan iaitu meneroka rezab minyak yang baru dan lain-lain perkara. Kesannya generasi Malaysia akan datang tidak dapat menikmati lagi apa yang kita nikmati sekarang.

Jika harga minyak diturunkan kepada RM1.90 seperti asal, subsidi yang ditanggung kerajaan tetap bertambah, lama kelamaan kerajaan tiada duit untuk laksankan projek di bawah RMK. Dan jika pasaran minyak dunia meningkat, namun di Malasyia masih murah, permintaan terhadap minyak meningkat dengan pertambahan bilangan kenderaan awam, negara akan mengalami inflasi yang tinggi. Sepertimana inflasi di Venezuala, dengan harga petrol Rm0.10, kadar inflasi mereka ialah 30%. Adakah kite mahu fenomena itu berlaku di Malaysia?

Akhir sekali rezab minyak Malaysia sekarang ialah 5.46 bilion tong ( 1 tong = 192 liter ), dengan pengeluaran 691,600 tong sehari, kita boleh bertahan sehingga tahun 2030. Jika langkah berjimat dan pelaburan luar negara tidak dilakukan oleh Petronas, generasi akan datang akan kembali menggunakan kereta lembu sebagai pengangkutan seharian. Mahukah kita dipersalahkan kelak? Sama-samalah kite berfikir, fahamilah ekonomi secara global, sokonglah GLCs walaupun terdapat beberapa ketirisan atau tidak telus. Selagi kite dipangkal buluh, selagi itulah kita tidak dapat menyaingi lalang yang cepat tumbesarannya.

4 comments:

Murlak_s said...

duhai sahabatku.. arakian yang diberitahu itu benar.. namun.. mari kita lihat dari sudut yang lagi satu..

1)adakah dengan menaikkan minyak, inflasi di negara kita takkan naik? jawapan.. salah! sebelum tue, mari kita lihat dulu apa maksud inflasi.. inflasi adalah keadaan dimana sesuatu negara itu mempunyai barang, tetapi rakyat tidak ada kuasa membeli.. mari kita fikir.. bila minyak naik harga, adakah rakyat bleh membeli? bagaimana dgn peniaga? petani? nelayan? golongan miskin? perniagaan merosot, org dah tak nak bli barang.. nelayan x bleh trun laut, x bleh bli minyak, petani mengahadapi cost yang tinggi untuk bercucuk tanam.. so, pk balik, inflasi x naik bila naikkan harga minyak?

2)peluang pekerjaan skrg nie dah sukar.. kira2 stgh juta rakyat mesia yang menganggur.. harga minyak naik.. nak ke pengusaha nak tambah cost hire people? makin dibuang ada la.. bak kata anwar, x mustahil pengangguran naik sampai sejuta dalam beberapa bulan..

3)negara memberi subsidi.. duit negara keluar.. adakah dgn naikkan harga minyak, income negara makin naik? heh.. income tax adalah pendapatan negara yang terbesar.. klu peniaga x dapat keuntungan, diorang bayar tax ke? padahal mesia antara income tax terbesar (rate) didunia i.e 16-17%..

aku rasa ko kena cari debat antara anwar ngan basri.. ko lihat sendiri, sape ada point, dan sape lari dari jawab benda yang xde point.. maaf.. TQ

palied said...

terima kasih kepada malik...aku akui ulasan-ulasan yang diberikan ade betulnya...aku pun xde la pakar sgt ekonomi,heheh

1) dgn menaikkan harga minyak, aku x sebutkan inflasi akan meningkat dalam post aku.mengikut sumber bank negara, sejak kenaikan harga minyak berlaku, inflasi meningkat sebanyak lebih kurg 2 peratus dr 4 kepada 6%(mgkn data ini salah, sbb aku bace beberapa mggu lepas).jadi, adalah betul inflasi telah meningkat.maksud inflasi bukan camni ka? permintaan pengguna mengatasi pengeluaran produk.bukankah nelayan menerima subsidi minyak dengan sistem fleet card iaitu harga diesel yang rendah,nelayan masih 'selamat'.

2)peluang pekerjaan di Malaysia pula, ia agak sukar untuk dijelaskan mengapa boleh jadi begitu.dari kaca mata kami student yang akan grad luar negara, rasa-rasa lebih senang untuk kami dapatkan pekerjaan di Msia berdasarkan ijazah kami di Jepun(negara lain x tau pula).kemungkinan itu rezeki? double standard domestic n oversea graduates? sikap memilih kerja? level ijazah U Msia n Jepun berbeza? hmmm,byk faktor gak la.aku setuju, untuk jimatkan kos, firma2 terpaksa buang pekerja seperti yang dilakukan oleh MAS.

3)hmm aku rasa menaikkan harga minyak tidak akan menambah income negara.yang bertambah ialah income petronas dan pengeksploitasi harga minyak.income tax di Msia, ya betul ia tinggi.aku x boleh bandingkan Msia dengan Jepun sbb Jepun 30 thn ke depan dr Msia.of course jepun mengenakan tax yg lebih banyak.petrol 180yen/seliter (52yen drpdnya cukai), setiap barangan dan perkhidmatan dikenakan 5% cukai dll lg.4 tahun aku hidup, seksa gak.lagi hebat derita dari duk msia.

debat antara anwar n syaberi tu, aku rase anwar 'pemenang' nya.menteri itu patut dipecat.namun aku tetap dengan pendirian, kerajaan tidak boleh sewenangnya ambil 100% profit Petronas untuk rendahkan semula harga minyak.biarlah Petronas guna untuk perlaburan masa depan.Kerajaan boleh cara lain, seperti yang Anwar cadangkan, cut off IPP power reservation quota.

palied said...

ade pembetulan...inflasi berlaku bila satu harga barangan naik, maka ramai peniaga akan menaikkan harga.
contohnya minyak naik, kos pengeluaran naik, harga produk naik, dan pengguna tidak mampu membeli.
maaf jika terdapat salah faham mengenai inflasi.

Anonymous said...

terima ksih fadil kerana membangkitkan isu ini dan amat setuju dgn fadil.
berkenaan reply dr murlak_s,mmg tak dinafikan inflasi akan naik selepas kenaikan harga minyak sbb ada offset faktor di pasaran tp aku tak rasa ia akan menjadi on going inflation sbb sekarang kelembapan ekonomi dunia..(subprime,credit crunch,oil buble etc).

(1)Bagi aku kalau nak tackle inflasi kena tackle ddari punca utama iaitu komoditi.contoh kita ambil negara China sbb sama jer crisis inflasi,mengikut statistik dr sir John Anderson (US Treasury security)..kalau ditolak faktor komiditi di china..inflasi PROC hanyalah 1.6% dr 8.7%.dan area mcm ni yg ditekan subsidi sebenar mcm di jepun ni pun masih ada subsidi di area2 ni.

(2)sebab utama yg aku yakin bukan berterusan sbb masalah krisis turut disumbangkan dari spekulasi.equity market di US sekarang dlm bearish mood.so pelabur banyak switch dr equity market ke commidities market CO,CPO etc.kebanyakn penganalisis berpendapat harga barang yg akan keluar dr buble territory bila US,UK etc berada dlm recession.
nak cakap ttg effect minyak ..ok mari kita compare negara yg eksport saiz minyak sama ngan kita iaitu argentina sbb tak logik compare ngan negara yg banyak minyak.argentina bayar minyak $1.14(RM3.40) dan colombia minyak $1.10 dgn infalsi 9% &6.3% dan lets say venezuela,saudi arabia,oman yg spend banyak subsidi tp inflasi mengarut.

http://img367.imageshack.us/img367/9373/speculatiorjv2.jpg

http://img253.imageshack.us/img253/3320/sauploadglobalinflationlk6.png

(3)ttg income tax..ya mmg income tax penyumbang terbesar.so xkan sbb tu kita kena support habisan2 tanpa fikir long term punya growth.c'mon lets the free market work.cuba fikir takkan kita nak kompeni2 malaysia menjadi jaguh kampung..hanya mampu bersaing dlm negara tanpa fikir untuk bergerak ke pasaran dunia.negra dah berusia 50 tahun dan kita memerlukan syarikat yg mampu bersaing di pasaran global sbb faktor globalisis.market dunia mmg banyak uncertainty so kalau faktor dalaman tak dpt nak handle mcmmana tu. cuba fikir takkan nak bergantung ke kos murah nak tarik FDIs.murah ke? kalau nak cakap faktor murah banyak negara lg murah..vietnam,China.so kita kena hasilkan syrkt based on human res dan kena aktifkan projek2 nak tarik FDIs dgn pelbagaikan resources tu.of course akan ada adjustment and we need get use to it.mcm ckp Uncle L..short term pain for long term gain.takkn bila dah minyak habis baru kita nak bergerak.protectionism create a loss for society.kalau dlm ekonomi..istilah menganggu 'natural' 'supply and demand'.

(4)Malaysia tak sepatutnya terlalu bergantung kpd minyak.TS Hassan merican pun dah sentuh yg bajet negara hampir 55%(termasuk esso,shell,conophillips etc) dr minyak.Malaysia perlukan cara nak switch ekonomi dgn menghasilka syrkt berkualiti tinggi bukan sekadar jaguh kpg esp syarikat2 melayu.sbb tu kena guna resources lebih bijak..means more investment.lebih pelbagai.dan malaysia tak sepatutnya fikir petronas sbg syarikta minyak sepatutnya sebagai Sovereign wealth funds..mcm temasik,GIC,KIA,CIC etc dan tumpukan kompeni based on investment holding company.kita dah banyak buat silap dulu dgn terlalu bermanja dgn tin (itu sblm minyak jadi 'dadah' masakini).

(5)sorry sbb aku tak tgk debate sbb ada pov sendiri tp dr apa yg aku tahu PR selalu sentuh(bukan debate lps tp in general) ttg wang dr IPP(kalau salah tolong betulkan ).ok aku anggap yg apa yg aku tahu td tu isu telah dibangkitkan..tolong huraikan macammana masalah berkaitan kpd bondmarket sbb bond market bukan isu main2 sbb boleh ganggu fundamental ngn cashflows dlm financial system.takke menggangu kompeni2 malaysia masa depan bila nak exercise atau na tao model di masa depan.takke akan menambahkan beban financial bila nak buat projek2 sbb liqdiy dlm bond market berkurang sbb IPPs setahu aku penyumbang utama bond di Malaysia.
sebelum tu nak cakap untuk debate tu dr aku baca analisis..bg aku pemenangnya anwar tp pemenang debate jer tp bukan pemenang issue...imho.shame on BN.takde org lain ke nak debate ikut konsep mikroekonomi?.yg memalukan siap puahati dgn performance dia tu...sigh.